Kerajaan,Gula dan Rakyat




Saban hari masyarakat Malaysia tidak kira bangsa di mana jua berada akan berdepan dengan cara pemakanan yang agak keterlaluan dan yang menyedihkan mengakibatkan penyakit yang kronik.Antara kegemaran bahan yang berlebihan dalam sajian masakan ialah gula.Bahan masakan seperti gula ini memang di gemari tidak mengira umur tua dan muda.Malangnya penyakit juga tidak mengenal usia sesiapa sahaja mengamalkan makanan sesuatu tidak mengikut cara dan kadar yang di perlukan maka akan menghadapi beberapa jenis penyakit yang tidak di sangka.


Bercakap mengenai gula di Negara kita panas dengan isu bahan masakan ini.Isu bekalan,harga,penyeludupan,menyembunyikan lebihan stok dan lain-lain lagi.Namun kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan dan Kerajaan Negeri tidak berhenti-henti mengambil berat tentang isu-isu ini.Hari ini gula hangat di debatkan mana-mana tempat samada golongan atasan mahu pun bawahan bercakap mengenai harga gula dan subsidi gula.Sidang pembaca sekalian seperti mana kita tahu harga gula kini RM 1.45 sekilogram,harga ini sesudah di subsidikan oleh kerajaan.


Mengikut polisi ,kerajaan hanya memberi subsidi untuk makanan asas sahaja dan gula tidak termasuk dalam kategori itu.Ini adalah langkah cara kerajaan mengalih dana bajet bagi membantu rakyat mengurangkan kesusahan rakyat dalam penggunaan gula terutama yang berniaga.Untuk pengatahuan rakyat pada tahun ini sahaja kerajaan mengeluarkan RM 720 juta untuk subsidi gula dan berdasarkan harga gula mentah semasa jumlah subsidi dijangka meningkat kepada RM 1 billion tahun depan.


Adakala “mereka” yang mengecam,kritik tanpa asas yang konkrit kepada kerajaan di kedai kopi terlupa air tea O,kopi O ini mengandungi gula yang di bantu secara ehsan dari kerajaan.Ini lah yang menariknya scenario masyarakat kita yang tidak tahu erti syukur dan merenung diri sendiri sebelum mengecam,hina,menanam kebencian kepada kerajaan di kedai-kedai kopi sekitar kawasan.Adakala “mereka” ini berdebat isu kebajikan kononnya kerajaan tidak perihatin dan zalim kepada rakyat,namun “mereka” lupa atau buat-buat lupa selepas “mereka” berdebat meminum air yang mengandungi gula yang di istilahkan juga kebajikan dalam bahan makanan dan minuman patut “mereka” menghargai dan berterima kasih kepada pemimpin kerajaan dan syukur kepada Allah S.W.T.Setakat ini hanya Malaysia merupakan Negara di dunia yang memberi subsidi gula kepada rakyat tanda keperihatinan kepada seluruh rakyat tidak mengira latarbelakang.Syukurlah kepada Allah.


Namun hari ini kerajaan membuat kajian bagi meneliti subsidi gula ini untuk mengurangkan tanggungan yang tinggi pada tahun hadapan.Maklumat-maklumat di ambil pada akar umbi pengguna dan maklumat NGO-NGO akan diteruskan di seluruh Negara sebelum mei 2010.Hal ini akan di tentukan oleh kabinet pada tahun hadapan dan sudah pasti kerajaan mengambil langkah yang baik dan adil kepada rakyat yang berpendapatan rendah.Untuk rakyat,rakyat diutamakan salam 1 Malaysia.

Doa Tuan Guru..apa hakikatnya

Assalamualaikum w.b.t segala pujian bagi Allah yang Maha Mengatahui.Salam dan selawat keatas Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat-sahabatnya.Kepada pembaca blog yang setia saya ucapkan terima kasih kerana anda sedia mengikuti informasi dalam blog ini.Kini hari demi hari semakin hampir ke penghujung,pelbagai yang berlaku samada alam mahu pun mahluk yang di cipta oleh Allah yang Maha Pencipta.Alam dengan kemusnahanya dan mahluk yakni khusus manusia dengan perbalahanya hingga menjadi penyakit yang amat tenat di Negara kita..sedih,sedih dan sedih.


Saban hari kita didendangkan dengan pergolakan politik yang berlaku di Negara ini.Apa tidaknya , seorang yang bergelar ulama’ dan TUAN GURU sanggup mengeluarkan kata-kata yang kurang enak didengar dan menganjurkan rakyat supaya berdoa akan kehancuran pemimpinnya sendiri. Laporan media di dada akhbar dan media elektronik jelas menggambarkan pendirian pemimpin terbabit. Namun yang menjadi persoalannya , sejauh mana kebenaran laporan tersebut ?


(Sekiranya tidak benar,sudah tentu anak buah Karpal Sigh berdiri di belakang MB tersebut di mahkamah.Maka akan berlakulah adegan saman-menyaman).


Setelah beberapa hari isu ini menjadi tajuk hangat di dada akhbar ,pelbagai maklum balas diterima dari pelbagai pihak. Namun , apa yang memanggil saya untuk memberi ulasan adalah berdasarkan akhbar Utusan Malaysia (3 disember 2009) yang menyiarkan maklum balas dari pelbagai pihak termasuk komen Ahli Parlimen Shah Alam , Khalid Abdul Samad.
Khalid di dalam kenyataannya berkata , “ Bukan sekadar doa sahaja, malah dalam Al-Quran surah Hujarat ayat 9 pun berkata, kalau dia nak lakukan kezaliman walaupun dia orang islam , kena lawan mereka” (Utusan Malaysia ,3 Disember ,muka 4)
Apa yang saya ingin suarakan disini , berhubung ayat 9 , surah Hujarat , maksudnya :

“Jika dua golongan dikalangan orang-orang Mukmin berperang-perangan , hendaklah kamu perdamaikan antara keduanya. Maka jika salah satu keduanya aniaya pada orang lain, hendaklah kamu perangi golongan yang aniaya, sehingga dia kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali, hendaklah perdamaikan keduanya dengan keadilan, dan hendaklah kamu berlaku adil, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.


Senario sebenar yang berlaku di antara Perdana Menteri dan Menteri Besar Kelantan itu berkenaan royalti minyak. Apa yang menariknya , Menteri Besar Kelantan seolah-olah mempunyai agendanya tersendiri. Bagai tiada modal hendak diperkatakan lagi. Dahulu kita dikejutkan dengan laporan media yang memetik kata-kata Nik Aziz yang melabelkan UMNO sebagai KAFIR serta istilah samseng dan sebagainya. Kini isu doa pula.

Berhubung surah Hujarat ayat 9 yang dipetik oleh Khalid , ayat tersebut menerangkan jika terjadi permusuhan antara sesama Mukmin , perlu didamaikan antara keduanya ,serta hukumlah dengan penuh keadilan (sekiranya mereka ingkar) , kerana setiap Muslim itu bersaudara .


Pembaca sekalian ,adakah anda pasti yang PM berkelahi atau berperang dengan MB dan sekalian rakyat Kelantan? Siapa sebenarnya yang mencetuskan peperangan?
Saya tidak melihat yang PM sibuk dengan isu ini. Beliau lebih sibuk menguruskan pembangunan Negara , begitu juga dengan barisan pemimpin UMNO yang lainnya. Itu lebih baik berbanding mengeluarkan isu mengaitkan agama Islam , membazir waktu dan mencanang ke sana ke mari.Rakyat mengundi bukan kerana mahu pemimpinnya berlegar-legar membuat kontroversi atau mencari publisiti. Rakyat mahukan pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup. Dek kerana lalai menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpinlah ,Kelantan kurang membangun. Berapa ramai rakyat Kelantan menjadi miskin tegar?Seharusnya kerajaan negeri berusaha untuk membangunkan negeri , bukan hanya mengharap duit royalti. Apa sudah jadi dengan amanah yang digalas? Kini ambil kesempatan menunding jari menyalahkan orang lain.
Memetik kata-kata Khalid tadi , ‘jika dia hendak melakukan kezaliman walaupun dia orang Islam ,perlu lawan mereka’


Bukankah ALLAH telah menyambung dalam ayat 10 , maksudnya ;

“ Orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara sebab itu damaikanlah antara dua orang saudaramu, dan takutlah kepada Allah , mudah-mudahan kamu mendapat rahmat.”


Saya tidak lihat PM atau TPM bercakaran dengan MB Kelantan.Apa yang saya lihat , MB Kelantan seakan-akan mempunyai kebencian terhadap mereka. Anda (Khalid) perlu mendamaikan kegelisahan Nik Aziz , samalah anda mendamaikan mukmin yang berselisihan. Jika Nik Aziz ingkar dan tetap mahu melakukan kerosakan (mendoakan yang tidak baik kepada pemimpin Negara) maka eloklah anda (Khalid) memeranginya. Bukan begitu? Sesuai dengan firman Allah pada surah Hujarat ayat 9 – 13.
Bukankah lebih elok didoakan kesejahteraan dan perkara yang baik terhadap sesama Muslim. Kerana itu diunjurkan ucapan Salam (Assalamualaikum w.b.t.).

Sidang pembaca sekalian , terutama Pemuda UMNO , bersamalah kita bangun memperjuangkan nasib rakyat.Anggaplah ujian yang menimpa pihak pembangkang ini satu teladan supaya kita berhati-hati dan tidak cepat melatah. Berjuanglah kerana Allah , semoga kita kekal di dalam lembayung rahmatNYA. Janganlah mensia-siakan amanat dan tanggungjawab yang diberi . Walaupun kita berjuang bukan di atas tiket parti Islam , biarkan mereka kata kita kafir tapi Tuhan kita tetap ALLAH ,diri ,ibadat kita tetap Islam dan qiblat kita tetap menuju Baitullah. Dan paling penting kita berjuang KERANA ALLAH.


Sekian, salam 1 Malaysia.